Monday 15 August 2011

Maaf..

Blog... Blog... Sorry lama aku tak tulis kt kau blog... Aku kene tahan kat hospital... Sewaktu aku kt hospital takde sapew yg tahu kecuali family aku ngn kwn baik aku.... Mak aku tak bg aku ckp ngn sesiapa sbb tak nak nyusahkan org... MJ dtg melawat aku... Dia buka puasa ngn aku gakk... Hmm.. syg die.. Aku ditahan di Ampang Puteri Specialist Hospital.. Haha org kata hospital vip... Biasa jew aku rasa... Aku tak sangka aku akan jumpa dye kembali... Jejaka 'B'... Yang hilang dari hidup aku selama 2 tahun kini dia telah muncul kembali dalam hidup aku... Aku tahu dia masih kerja di 7e dekat hospital tu... Dari wad aku, aku boleh lihat dia... tiap2 hari aku di hospital aku melihat ke luar tingkap untuk melihatnya.. Aku menulis surat kepada dia menyatakan aku rindu pada dia... Aku tidak beri kan no telefon aku kerana aku tak nak dia menghubungi aku kerana aku takut dia akan kecewa kan aku sekali lagi... Pagi isnin aku tahu dia belum pulang kerja... Aku pergi ke 7e untuk membeli makanan untuk aku snack sebelum nurse hantar breakfast kt aku... Aku masuk kat 7e tuu.. Aku tak tengok pun sapew yang adew kt kaunter tu... Aku pergi belakang nak cari air... Hmmm aku taw dia dtg belakang na tgok aku... Aku pergi kaunter, dia hanya perhatikan aku.. Aku wat bodo jew... Then aku keluar dia kejar aku... Dia panggil Mira.. Aku jawab jela da org pggil nama aku... Dia ckp dia tak sangka jumpa aku... Dia ikut aku balik wad.... Jenuh dia minta no aku tp aku tak bg... Then kitorang bual2 sampai penat mulut bercakap.. Haha yela 2 tahun tak jumpa kn... Tak sangka dia ingat aku lagi... Dia kata dia teringin jumpa aku lepas dia baca surat tuu... Aku senyum jew laa padahal dlm hati happy gilerrr.... Aku g mandi, dia kata nak pinjam phne aku nak dengar lagu.. Aku bodo tak fkir apew trus bg phne aku kt dia... Dlm toilet bru aku fikir bodonyew aku mesti dye call no dye cz na dptkn no aku... Hahaha cara yg sme A dptkn no aku...  Dia pujuk aku, dia mintak maaf dgn aku... Aku rasa aku mula syg dia balek tp cmne ngn MJ.??? Aku dah sah couple ngn dye... Aku tak sanggup nak lukakan hati dia.... Apa harus aku buat.??

Monday 8 August 2011

8.8.2011

Sahur.. Dah pagi syg... Itu mesej yang dia hantar pada aku untuk kejutkan aku sahur... Lepas makan aku terus membalas pesanan ringkas nya.. Dah makan dah... Kenyang gila.!! :)... Dia melamar aku untuk menjadi teman wanita nya.. Tepat pukul 5.46am aku menerima lamarannya.. Itulah tarikh kami.. 8.8.2011... Satu tarikh yang cantik.. Aku harap dapat berkekalan dengan dia.. MJ... Siapa dia.?? Hmmm... Belum tiba waktunya untuk aku memberitahu.... Pada mulanya aku tidak dapat menerima nya kerana dia telah menipu aku tapi lama kelamaan dia tunggu aku, kesian pula tengok dia.. Sayang.?? Mesti laa ada tapi sakit hati bila dapat tahu dia ada GF lain... Sabar jela.. Tiap-tiap hari dia akan mesej untuk minta maaf.. Bukan tiap-tiap hari tapi setiap 30 minit... Aku tahu aku dah sayang dia... Marah mcm mana sekalipun aku tetap sayang dia... Aku beri dia peluang kedua... Insyaallah aku akan berbuka puasa dengannya bersama abang aku dan GF dia... Aku juga teringin beraya ke rumah dia... Harap-harap dapat laa.... Hee :).

Sunday 7 August 2011

First Day Me And My Blog

Hari ni hari pertama aku mereka blog nie.. Harap2 aku dapat belajar pasal blog.. Di sini aku akan ceritakan semua yang berlaku pada aku tiap-tiap hari(insyaallah kalau ada masa aku update selalu)... Kiranya aku menggunakan blog ni sebagai ganti diari aku... Cuma di sini aku dapat berkongsi diari aku.. Siapa yang nak baca.? Aku tak kisah kerana hidup aku tidak lah istimewa kerana aku bukan nya anak raja, bukan anak org berada.. Aku hanya manusia biasa yang sering membuat kesalahan dan masih mentah dan perlu belajar lagi selok-belok kehidupan.. Kata orang kesalahan itu bukan punca kegagalan tetapi ia adalah salah satu kunci kejayaan jika kita berjaya menyelesaikan teka-tekinya... Rasanya cukuplah aku intro sedikit saja.. Jam dah pukul 12.35am.. Hari ni ramadhan ke 8... Aku harap aku dapat jalani bulan ramadhan pada tahun ini dengan penuh keberkatan....